Menghampiri 5 tahun usia perkahwinan, merenung kembali saat-saat suka duka, tangis dan tawa hidup bersama isteri tercinta, melayari kehidupan yang kadangkala tenang dan kadangkala dilanda angin yang dari sepoi-sepoi bahasa sampai ke taufan kategori F3, tiada yang lebih indah selain dari menjalani tanggungjawab sebagai seorang yg dipanggil 'abah' atau 'ibu' kepada dua insan comel ini... Umar Hakimi & Iman Najihah.
Blog ini merupakan satu catatan kehidupan dua insan kesayangan, dengan harapan satu hari nanti, mereka akan mengetahui bahawa insan yang dipanggil 'Abah' dan 'Ibu', sentiasa menginginkan kebahagian dan kejayaan anak-anak mereka di dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment