Wednesday, April 23, 2008

Raksasa Kecik


Iman Najihah.. hmm.. macamana boleh jadi "Rakasa Kecik"... 

Dilahirkan tanggal 9 november 2004 diluar bilik bersalin.. err.. betul la tu.. di luar bilik bersalin, disebabkan semua bilik bersalin Hospital Serdang masa itu telah pun dipenuhi dengan ibu-ibu yang bayi-bayi mereka belum mahu lagi untuk melihat dunia, berbanding Iman yang dah tak menyempat-nyempat melihat dunia. Aku qamatkan dia di meja kaunter pendaftaran je..

Raksasa Kecik?... Ni nick yang diberikan oleh abangnya... atas kegemaran si Iman men'jahanam'kan apa sahaja yang dibuat oleh abangnya (mainan blok / lukisan dsbg...). Ini ditambah lagi dengan lasaknya yang pada aku agak extreme jugak untuk seorang baby girl yang akan membesar menjadi gaids ayu nanti.. Aih.. Tu belum lagi kegemarannya membuat pukul curi bilamana abangnya sedang leka bermain... 

Kelepuk! "Ibu... Tengok Iman nih.." adu si Umar sambil menangis. Iman? Dok terkedek-kedek melarikan diri sambil terseyum sinis laksana Raksasa Kecik.. kekeke...


kenal-kenalkan...


Umar Hakimi.. da nak masuk 4 tahun bila tiba 1 september nanti.. 'birthday' yang akan disambut bersama semua umat Islam sempena 1 Ramadhan, Insya Allah..

Penggila ultraman (kena salahkan abah dia yang 'introduce'kan makhluk gergasi dari Jepun tu), seorang yang boleh la dikatakan sensitif.. Orang kata banyak ikut perangai Ibu dia.. Sedang bersekolah di Taska.. boleh la dikatakan fast learner tapi banyak main-main, kata cikgu dia la.. biasa la budak lelaki, mana boleh duduk diam. Pemalu bila bertemu dengan orang yang tidak dikenali, tapi bila dah kenal, macam iklan burung Murai tu mulut dia.. 

Akhir-akhir ini semakin banyak persoalan yang mula ditanya dan sudah mula mencabar ilmu keibubapaan aku yang memang masih kurang nih.. Persoalan-persoalan berkenaan kejadian alam, siapa itu Allah, siapa itu Nabi Muhammad, kenapa orang Cina tak sembah Allah, huih.. makin complicated dibuatnya. Alhamdulillah... Ibunya yang bekerja sebagai seorang pendidik terpaksa la mengeluarkan skill untuk menangani semua persoalan yang selalu berlegar dalam kepalanya... 

"Abah... Ultraman sembahyang tak?" ha.. macamana nak jawab? 

salam

Menghampiri 5 tahun usia perkahwinan, merenung kembali saat-saat suka duka, tangis dan tawa hidup bersama  isteri tercinta, melayari kehidupan yang kadangkala tenang dan kadangkala dilanda angin yang dari sepoi-sepoi bahasa sampai ke taufan kategori F3, tiada yang lebih indah selain dari menjalani tanggungjawab sebagai seorang yg dipanggil 'abah' atau 'ibu' kepada dua insan comel ini... Umar Hakimi & Iman Najihah.

Blog ini merupakan satu catatan kehidupan dua insan kesayangan, dengan harapan satu hari nanti, mereka akan mengetahui bahawa insan yang dipanggil 'Abah' dan 'Ibu', sentiasa menginginkan kebahagian dan kejayaan anak-anak mereka di dunia dan akhirat.